4 hari pulang ke kampung halaman..hari kembali semula ke pulau yang penuh kepanasan ini.hehe
ni nak dikisahkan la ni kan...balik2 je bawak makanan yang banyak..haha..sila lah jeles yer..tak banyak aku bawak...sambal ikan bilis+serunding kelapa+mee siput+kek cokelat jer..tuh je aku mampu bawa..hehe...gebang giler pagi2 buta dah post pasal makanan2 ni kt FB kan..haha
sebut pasal sambal ikan bili..teringat lak aku pada satu kisah ni.
**********
cerita bermula begini...
sem lepas aku ad bawak gak sambal ikan bilis.
time tuh memang aku terpaksa bawak..
ni start la mengalir air mata..nangis.terkenang sejarah sem lepas...orang cakap...duduk kat U ni banyak cubaan.
banyak dugaan...
dugaan paling besar ialah DUIT. ya DUIT..dan aku memang pernah krisis takde duit langsung sem lepas...
aku bukan penerima PTPTN..so aku memang takde penaja kat U ni...aku cuma ad JPA..tpi lambat masuk..dah habis sem baru masuk duit yang.........................[tak terkira tuh]. aku ingat lagi sem lepas. hari2 pagi dan petang aku akan ke mesin ATM..cek duit kalau2 dah masuk...tapi setiap hari harapan aku hampa. aku ingat lagi masa tu Hari Raya Haji. aku tak balik. kawan2 lain semua balik. aku tak balik sebab aku takde duit nak balik+aku ad exam yang agak dekat la tarikh dia masa tu. SERIUSLY aku memang takda duit...dalam akaun aku cuma ada RM11.30..mana boleh keluar kan..masa tuh aku macam rasakan dunia aku dah gelap. aku nak kintak kat mak bapak..aku segan..asyik mintak sebab duduk kat Pulau ni memang pakai banyak duit.nak bayar itu ini...segala bagai...memang aku dah segan gila masa tuh nak mintak duit..dan kalau aku mintak pon aku tahu..bukan aku boleh terus dapat duit..aku bukan anak orang kaya. aku anak orang kampung yang sederhana. duduk kat kampung pon, kampung yang takde line 3G..line MAXIS memang xpayah carik la..memang takde..line CELCOM..insyaallah ada kalau rajin carik. kalau aku mintak duit..kesian kat ayah mak aku...aku masih ad 3 orang adik yang perlukan sokongan mak ayah aku..takpe..abang mal masih boleh bertahan.
sebagai jalan untuk menjimatkan penggunaan duit..
1) makan megi setiap hari: megi bukan sebarang megi..aku makan megi yang harganya cuma Rm2.50..masa ni nak beli megi yang sedap2 pon tak mampu..aku menangis setiap kali nak makan..nak tenangkan perasaan aku masa tuh..aku cuba muhasabah diri..aku igt sahabat2 dari afrika yg kebulur..masa tuh aku sangat bersyukur dapat makan..ALHAMDULILLAH.
2)makan roti dengan sambal ikan bilis: kalau megi aku habis..aku beli roti bantal...aku makan dengan sambal ikan bilis yang aku bawak. prinsip dia..sekali makan, 2keping roti je boleh makan.tak boleh lebih..nanti roti cepat habis..pastuh kan, perut aku lapar lagi..sekali lagi aku menangis. rasa mcm nak balik rumah je...
3)makan biskut tawar cecah air nescafe.. ni pon kalau dah takde makanan apa2 nak dimakan, aku akan makan biskut tawar..cecah air nescafe yang aku buat sendiri...masa ni..memang menagis je la kerja aku..nak buat mcamana..duduk kat perantauan. T.T
4)pinjam duit kawan2..ni pon aku terpaksa buat kalau nak kena bayar apa2 atau kalau ad kawan aku ajak makan kat luar..terpaksa la aku pinjam duit mereka...banyak gak la pinjam..yang aku igt dari Tuan afiq, seratus lebih aku pinjam...
5)puasa. aku kadang2 terpaksa puasa termasuklah puasa sunat or puasa biasa.sebab nak bagi perut taknak makan.terpaksa puasa..huhu...sob33...
kalau nak imbau kembali sejarah sem 1 aku memang boleh menangis aku petang2 ni..nak buat macamana..sebulan setengah aku krisis duit..tapi dalam kepayahan aku ...aku nak gak la ucap terima kasih kat sini kat beberapa kawan2 aku yang memahami aku..dan memberikan sedikit bantuan dalam aku meneruskan perjuangan aku...kat roomate aku fadh yang kadang2 belikan makanan kat aku..aku dengan dia lebib kurang je..masih menunggu2 duit JPS..tp dia ad PTPTN la...kat tuan afiq gak yang sanggup bagi aku pinjam duit..terima kasih banyak2...rasanya dah langsai hutang aku...harap kalau belum langsai gtaw ekk...nanti aku bayar...
sob33....sob33....
**********
semuanya kisah sambal ikan bilis aku..alhamdulillah segalanya dah kembali OK lepas aku dah terima duit JPA aku...walau kadang2 aku terboros dalam menggunakan duit..tapi lepas tuh mesti aku akan terkenang bagaimana aku takde duit masa sem 1 sebagai pengajaran jangan nak bazir duit..sob33...
buat kawan2 sekalian..jimat2kanlah penggunaan duit yer,...kalau korg ade kat tempat aku..memamg siksa..rasa macam aku ni pengemis jer..nak makan memang susah...lagi nak teruskan hidup..macamana?
0 comments:
Post a Comment